Sejarah TITIS

Monday, February 9, 2009

PENGERUSI TITIS


Sejak 1978 beliau ‘Tuah” telah berkecimpong dalam teater dari menjadi pelakon yang sering membawa watak-watak utama sehinggalah menjadi seorang pengarah serta penulis skrip yang di kenali semasa itu dengan panggilan Tuah. Juga pernah mendapat pengarah terbaik dari kementerian kebudayaan dan skrip terbaik yang di anjurkan oleh D.B.P.

Setelah itu beliau juga diminta untuk menulis skrip di R.T.M juga stesyen-stesyen swasta seperti tv3 dan Astro . Selain seni pentas, layar perak, juga seorang dramatis tv, pentas dan bangsawan keluaran R.T.M.

Menjelang tahun 2000 dengan penuh yakin telah membuka sebuah pertubuhan yang dinamakan Pertubuhan Titian Teater Ilham Seni ( TITIS) dapat menarik minat ramai muda mudi dari Kuala Lumpur dan Selangor dengan pelbagai aktiviti kelas lakonan, tarian, kompang, silat, boria yang di perbagaikan dalam bentuk seni drama.

Walau pun kini agak veteran namun masih lagi mampu dan tiada halangan untuk berjuang dan bergiat sebagai Pengarah, jurulatih dan masih bekarya untuk drama pentas dan tv.

No comments:

Post a Comment